M19RA

Persatuan Penduduk Masreca 19 Cyberjaya (M19RA) adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. M19RA ditubuhkan pada 18 Mei 2022 dengan no pendaftaran PPM-023-10-18052022 yang berfungsi sebagai sebuah pertubuhan yang mewakili penduduk-penduduk di kawasan kejiranan Masreca 19 Cyberjaya.

AHLI JAWATANKUASA

TIMBALAN PENGERUSI

Abdul Hakim

PENGERUSI

Khairul Wasiril

SETIAUSAHA

Azzarizal Mohd Zainol

PENOLONG SETIAUSAHA

Mohd Fazri

BENDAHARI

Norshazmira Zahir

AJK

Siti Noor Hajar

AJK

Saifuddin Mohd

FAQ

M19RA adalah singkatan nama bagi Persatuan Penduduk Masreca 19 Cyberjaya.

Persatuan Penduduk Masreca 19 Cyberjaya (M19RA) adalah sebuah pertubuhan NGO yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. M19RA ditubuhkan pada 18 Mei 2022 dengan no pendaftaran PPM-023-10-18052022 yang berfungsi sebagai sebuah pertubuhan yang mewakili penduduk-penduduk di kawasan kejiranan Masreca 19 Cyberjaya.

Tujuan utama persatuan ditubuhkan adalah sebagai satu platform rasmi yang akan membawa suara penduduk secara bersama untuk didengari dan diambil perhatian secara serius oleh pihak pengurusan. Jika selama ini penduduk menyuarakan pandangan/teguran/cadangan secara perseorangan dimana hasilnya kurang mendapat perhatian, perkara ini akan dapat diubah melalui platform persatuan yang akan mewakili semua penduduk bagi menyuarakan pandangan/teguran/cadangan kepada pihak pengurusan. Selain itu juga, persatuan akan berperanan sebagai pihak yang akan melakukan semak dan imbang kepada pihak pengurusan.

Semua penduduk (pemilik/penyewa) yang menetap/bekerja/berniaga di kejiranan Masreca 19 boleh menjadi ahli persatuan. Pengesahan dokumen akan dilakukan untuk mengesahkan status anda.

1. Salinan IC
2. Salinan S&P/Bil Utiliti – Pemilik
3. Salinan Tenancy Agreement – Penyewa

Langkah pendaftaran menjadi ahli secara atas talian seperti berikut:-

  1. Klik SIGN UP (desktop) / REGISTER (mobile)
  2. Isikan maklumat yang diminta dan tekan CREATE ACCOUNT
  3. Sistem akan menghantar satu email pengaktifan ke alamat email yang anda masukkan (sila check di dalam folder SPAM sekiranya tiada di inbox anda)
  4. Tekan link di dalam email untuk pengaktifan akaun dan tekan ACTIVATE
  5. Setelah akaun anda diaktifkan, sila log in menggunakan alamat email yang anda daftar
  6. Setelah anda log in, tekan SHOP pada menu untuk membayar yuran pendaftaran dan tahunan

1. Sila REFRESH inbox anda

2. Sila check SPAM mail anda jika tiada email pengesahan masuk ke dalam inbox anda dalam masa 2 minit

3. Sekiranya email ada di dalam SPAM mail, sila buka email dan klik Email Not Spam dan email tersebut akan masuk ke dalam inbox anda

4. Sekiranya anda masih tidak mendapat email pengesahan dalam masa 5 minit, sila WhatsApp 0182817292 untuk bantuan

Yuran Pendaftaran & Yuran Tahunan yang dikenakan adalah selaras dengan Seksyen 31 – Yuran & Faedah di dalam Akta Pertubuhan 1966.

Untuk makluman, mana-mana pertubuhan, persatuan, kelab dan yang sewaktu dengannya akan mengenakan yurah keahlian kepada ahlinya. Perkara ini bukan sahaja terpakai di Malaysia, malah juga diperingkat antarabangsa.

Yuran Pendaftaran – RM10 sekali bayar
Yuran Tahunan – RM120 setahun (bersamaan RM10 sebulan)

Yuran yang dikutip boleh digunakan bagi beberapa tujuan seperti berikut:-

  1. Belanja untuk penganjuran program dan aktiviti persatuan
  2. Belanja untuk kos pentadbiran dan perjalanan persatuan
  3. Belanja untuk kos utiliti dan sewaan
  4. Belanja untuk pembelian aset dan peralatan kegunaan persatuan
  5. Belanja untuk memulakan perniagaan yang mendatangkan keuntungan kepada persatuan
  6. Pelaburan di dalam skim-skim yang dijamin kerajaan

Ya, masih perlu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persatuan. Walau bagaimanapun, memandangkan keahlian persatuan mula dibuka pada 1 Ogos 2022, Ahli Jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh sah bayaran Yuran Tahunan sehingga 31 Disember 2023. 

Tujuan kami mengasingkan Yuran Pendaftaran dan Yuran Tahunan buat permulaan ini adalah bagi memberi ruang kepada penduduk yang kurang berkemampuan  untuk menangguhkan pembayaran Yuran Tahunan sehingga akhir tahun 2022.

Ya. Anda boleh membayar Yuran Pendaftaran sahaja tetapi jika anda tidak membayar Yuran Tahunan, anda tidak akan dikira sebagai ahli penuh persatuan yang mengakibatkan anda tidak akan dapat mengundi dan diundi semasa AGM persatuan nanti.

Persatuan bercadang untuk mengadakan AGM pertama apabila bilangan ahli persatuan yang membayar Yuran Tahunan mencapai bilangan sekurangnya 100 orang. Jesteru kami menyeru semua untuk segera mendaftar agar kita dapat mengadakan AGM pertama persatuan dengan segera.

Anda boleh menghubungi kami menggunakan email masreca19ra@gmail.com atau hubungi nombor perhubungan di bawah:-

Akim – 011 1000 8426

Wasiril – 012 322 2307